Saturday 16 June 2012

FRANCE 




MENARA EIFFEL



Menara Eiffel ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis. Menara Eiffel adalah bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis. Dinamakan bersempena nama perancangnya, Gustave Eiffel, menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia; 6,428,441 orang melawatnya pada 2005 dan lebih 200 juta orang sejak ia dibina. Menara ini memiliki ketinggian 300 meter dan di atasnya terdapat antena televesyen  setinggi 24 m.






ISTANA VERSAILLES




Istana Versailles, adalah sebuah chataeu diraja di Versailles, Perancis. Dalam Bahasa Melayu, ia sering dirujuk sebagai Istana Versailles. Apabila château itu dibina, Versailles adalah sebuah kawasan perkampungan, tetapi kini ia adalah sebuah pinggir bandar kecil yang berhampiran Paris. Dari 1682, apabila Maharaja Louis XIV berpindah dari Paris, ia menyebabkan kerabat diraja dipaksa untuk pulang ke ibu negara pada 1789. Halaman Versailles adalah pusat kekuasaan Ancien Regime Perancis.






CARCASSONNE




Carcassonne ialah komun di jabatan di Aude selatan Perancis.






LOURDES




Vers-Pont-du-Gard ialah komun di jabatan Gard di selatan Perancis.






MONT-SANT-MICHEL





Vers-Pont-du-Gard ialah komun di jabatan Gard di selatan Perancis.







CHINA


TEMBOK BESAR CHINA





Tembok Besar China merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongalia dan Manchuria.
Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km, daripada Shanhanguan sehingga ke Teluk Bohaidi sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km.


MENARA JIN MAO

Menara Jin Mao (bermaksud Bangunan Kesempurnaan Emas) terletak di Pudong, Shanghai, China dan merupakan bangunan kelima tertinggi di dunia serta bangunan tertinggi di Shanghai.
Menara ini siap dibina pada tahun 1998 pada ketinggian 421m atau 1380 kaki dengan 88 tingkat. Pada tingkat 53 hingga 87 merupakan kawasan yang dimiliki oleh Grand Hyat Shanghai.


KOTA LARAGAN


Kota Larangan merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Ia terletak ditengah-tengah kota Beijing, China, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.
Dibina pada 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan yang terselamat dan 8,707 buah bilik dan merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi. Kompleks istana ini menjadi contoh senibina agam China tradisional, pengaruh budaya serta pembangunan senibina di Asia Timur dan tempat-tempat lain. Kota Larangan telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987, dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai himpunan terbesar struktur kayu terpelihara di dunia.
Sejak 1924, Kota Larangan telah diletakkan di bawah pentadbiran Muzium Istana, yang telah mengumpul banyak artifak dan kerja seni yang telah dikumpulkan semasa Dinasti Ming dan Qing. Sebahagian daripada bekas koleksi muzium kini ditempatkan di Muzium Istana Kebangsaan di Taipei, Taiwan. Kedua-dua muzium berasal daripada institusi yang sama, tetapi telah berpecah semasa Perang Saudara China


DATARAN TIANANMEN

Fail:200401-beijing-tianan-square-overview.jpg
Dataran Tiananmen ialah plaza besar berdekatan pusat bandaraya Beijing, China yang dinamakan sempena Tiananmen (Pintu Damai Syurga) yang terletak di arah utara dan memisahkan dataran ini dari Kota Dataran. Dataran ini penting sekali selaku lambang kebudayaan kerana pernah menjadi tapak peristiwa-peristiwa terpenting dalam sejarah Cina. Di luar negara China, dataran ini amat terkenal kerana insiden Bantahan Dataran Tiananmen 1989.
Dataran ini meliputi 40.5 hektar menjadikannya dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia.


SUNGAI YANGTZE




Sungai Yangtze, atau Chang Jiang ialah sungai terpanjang di China dan Aisa, dan yang ketiga terpanjang di dunia. Sungai ini kira-kira 6,300 kilometer panjangnya, mengalir dari puncanya di wilayah Qinghai, ke arah timur hingga Laut China Timur di Shanghai. Sebagai sungai terbesar di rantaunya, Yangtze amat penting kepada China dari segi sejarah, kebudayaan dan ekonomi. Antara semua empangan di sepanjang sungai ini, Empangan Tiga Gaung adalah stesen janakuasa hidroelektrik terbesar di dunia.

TEMPAT YANG MENARIK DI                                                             

                                                    ITALI




Menara Condong Pisa atau Menara Pisa merupakan menara loceng atau menara genta berdiri bebas, bagi gereja besar bandar Pisa di Itali. Menara ini terletak di sebalik gereja besar dan merupakan struktur ketiga yang dibina di Dataran Gereja di Pisa.
Meskipun sepatutnya berdiri betul-betul tegak, namun menara ini mula condong ke arah tenggara sejurus selepas bermulanya pembinaan pada tahun 1173 kerana asasnya yang lemah dan substrat longgar yang membolehkan asas menara beranjak arah. Kini, menara ini condong ke arah barat daya.
Menara Pisa tingginya 55.86 m dari tanah di sisi terendahnya dan 56.70 m di sisi tertingginya. Lebar dinding di tapak menara ini ialah 4.09 m sementara di aras atas pula lebarnya 2.48 m. Beratnya dianggarkan kira-kira 14,500tan metrik. Menara ini mempunyai 296 atau 294 anak tangga; aras ketujuhnya kekurangan dua anak tangga di tangga yang menghadap ke udara. Menara ini condong sebanyak 3.97 darjah. Ini bererti puncak menara berada 3.9 meter dari kedudukan sepatutnya seandainya menara ini berdiri tegak.



Fail:Colosseum in Rome, Italy - April 2007.jpg

Colosseum ialah sebuah monumen bersejarah yang terdiri dari bangunan terbuka separa bulat, berpentas, mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom Kuno. Colosseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina di Empayar Rom. Pembinaannya telah dimulakan oleh Maharaja Vespasian di antara tahun 70 dan 72, dan disiapkan pada tahun 80 oleh anaknya lelakinya, Titus. Colosseum adalah salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia yang berasal daripada Zaman Pertengahan Awal. Ia terletak di Rom, di mana merupakan ibu negara bagi negara Itali moden.



MONUMENT TO VITTORIO EMANUELE ii



ST PETER'S SQUARE


VATICAN MUSEUM



ARCH OF TITUS



FORUM ROMANUM


Monday 4 June 2012

Terengganu


Rantau Abang

Rantau Abang terkenal sebagi destinasi pelancongan di Terengganu kerana menjadi tempat pendaratan penyu untuk bertelur. Pantai Rantau Abang merupakan salah satu destinasi untuk penyu Belimbing bertelur selain daripada 3 kawasan persisiran pantai Amerika Selatan, "Las Baulas".
Terletak di 22 km utara dari Kuala Dungun dan 80 km dari Kuala Terengganu, Rantau Abang menjadi topik perbincangan dalam aspek pelancongan. Kadangkala apabila penyu belimbing datang dan bertelur di antara bulan Mei sehinggi bulan Ogos. Ia mempunyai kedudukan pinggir pantai yang baik cukup kerana adanya lerengan yang curam dan mendalam untuk penyu mendarat di pantai tersebut.
Rantau Abang telah menemui zaman kegemilangannya. Walaupun, oleh sebab terlalu ramai pengunjung yang mendatang tempat ini, pendaratan penyu ke tanah ini telah berkurang. Yang paling penting adalah, semakin banyak penyu sedang mati dalam beberapa tahun apabila ramai orang yang ingin memakan telurnya.
Walau bagaimanapun, akhir-akhir ini dikatakan jarang sekali kelihatan penyu mendarat di Rantau Abang. Sebab utama ialah kerana banyak telur penyu dicuri dan dijual untuk dimakan.

 Pulau Redang

               
 Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.
Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.
Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 lkilometer nautiga atau Kuala Terengganu melalui Jeti Shahbandar dengan menggunakan feri. Terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil di pulau ini.

Pulau Lang Tengah



Pulau Lang Tengah ialah sebuah pulau di luar pantai Terengganu, Malaysia. Air lautnya jernih bak kristal, pantai putih dan bersih serta hutan tropika yang tidak diterokai. Ia terletak antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian, dan dihubungkan ke daratan oleh feri ke Merang.

Pulau Perhentian





Pulau Perhentian mula didiami pada penghujung abad ke 18, dipercayai oleh Batin Mina dan keluarganya. Ia terletak sekitar 10 batu nautikal (19 km) dari pantai dalam negeri Terengganu, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand.
Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawadan dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu.
Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ia telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar.








Hong Kong banyak destinasi Menarik




Hong Kong adalah bandar raya yang keempat terbesar diChina. Ia terletak di pantai selatan China dan terdiri dari 3 pulau iaitu Hongkong Island, Lantau Island dan Kowloon.Hong Kong, sebuah negara yang sibuk. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dan maju,Hong Kong masih dilaporkan sebagai salah sebuah bandar yang "paling hijau" di Asia. Oleh itu ia sebuah negara yang sangat menarik untuk dilawati. Sebenarnya tidak sukar untuk melancong ke negara ini kerana sistem perkhidmatan pengangkutannya seperti MTR(seperti perkhidmatan LRT di negara kita) sangat baik sekali.







Disneyland



Hong Kong Disneyland ialah taman tema pertama dalam Hong Kong Disneyland Resort dan dimiliki dan diuruskan oleh syarikat Hong Kong International Theme Parks.
Hong Kong Disneyland, iaitu taman kelima yang bergaya Magic Kingdom, terletak di atas tanah tebus bunga di Penny's Bay, Pulau Lantau. Setelah bertahun-tahun menjalani rundingan dan pembinaan, taman ini dibuka pada 12 September 2005. Pihak Disney cuba mengelakkan masalah pertembungan budaya dengan menerapkan unsur-unsur budaya, adat resam, dan tradisi Cina ketika mereka bina resort ini, termasuk mematuhi hukum feng shui. Contohnya, sebatang lengkuk diletakkan pada laluan pejalan kaki berhampiran pintu masuk Hong Kong Disneyland Resort agar qi yang bagus tidak mengalir ke Laut China Selatan.
Taman ini terdiri daripada empat kawasan bertema yang serupa dengan taman Disneyland yang lain, iaitu Main Street, U.S.A, Fanstasyland, Adventureland dan Tomorrowland. Para penghibur di taman tema ini bertutur dalam bahasa-bahasa Inggeris, Kantonis dan Mandarin. Peta panduan juga disediakan dalam tulisan Cina tradisional dan ringkas, dan juga bahasa-baahsa Inggeris, Perancis dan Jepun.

Victoria peak (Puncak Victoria)


Ia berketinggian 552 meter dan tertinggi di Hong Kong, puncak ini menerima kedatangan pelancong lebih 6 juta orang setiap tahun. Dari sini, kita boleh melihat keindahan landskap bandaraya Hong Kong penuh berwarna-warni, Pelabuhan Victoria yang masyhur, bangunan pencakar langit, serta kehijauan gunung yang menyamankan. The Peak menawarkan satu pengalaman yang berbez pada waktu siang dan waktu malam.Harga tiket pergi balik peak tram ialah HKD $30 seorang (dewasa) dan HKD $9 (kanak-kanak berumur 3-11 tahun) manakala warga emas 65 tahun keatas dikenakan bayaran HKD $14.





Bersiar-siar dengan menaiki feri pada waktu malam adalah cara terbaik untuk menikmati keindahan pelabuan Victoria dan jangan lupa bersiar-siar ke Avenue Star, Laluan Para Bintang, tempat dimana semua tanda tangan serta cap tangan artis Hongkong yang sangat terkenal dipamerkan. Artis-artis tersebut seperti, Jackie Chan, Louis Koo, Bruce Lee, dan lain-lain lagi.Disepanjang Persiaran Tsim Sha Tsui ini kita akan dapat melihat pemandangan dipelabuhan yang menakjubkan dan menyaksikan pertunjukan Simponi Cahaya, yang menampilkan 43 bangunan pencakar langit di Hong Kong melalui persembahan multimedia yang mengagumkan. Ia merupakan salah satu tarikan paling popular di Hong Kong.



Ladies Market (Mongkok)





Pasar yang terkenal dengan barangan aksesori wanita dari pakaian,beg tangan, perhiasan peribadi dan rumah sehinggalah ke kasut.Selain itu, terdapat juga permainan kanak-kanak dan cenderamata khas dari Hong Kong.Yang seronoknya di sini, anda boleh tawar menawar. Panorama di pasar ini seakan sama di chinatown, petaling street. Pasar Ia dibuka mulai tengahari sehingga jam 11.30 malam.


Keliling Hong Kong dengan Tram







Naik trem juga merupakan cara yang baik untuk menghabiskan percutian anda di sini.Sistempengangkutan ini telah beroperasi sejak 1904 dan ia adalah pengangkutan yang palingmurah kerana sekali naik, hanya 2 HKD untuk Dewasa. Anda boleh memilih destinasi ke Causeway Bay yang terkenal dengan pusat membeli-belah. 


Ocean Park



Water Fun Travel Ocean Park Hong Kong Photo Water Fun Travel Ocean Park Hong Kong



Hong Kong Museum of Art

 













MELAKA



Kota A'Famosa 






Kota A Famosa telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai 'ei' Famosa, termasuklah oleh orang Malaysia, seolah-olah artikula penentu "a" dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf "A" dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah 'ɑ' Famosa.


SUNGAI MELAKA




Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dari tahun 1402-1511 dan selepas itu. Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran, penempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu.






MELAKA RAYA


Melaka Raya

Taman Melaka Raya merupakan sebuah bandar baru yang terletak di Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia. Di sini terdapat banyak deretan kedai-kedai komersil selain bertujuan menarik pelancong-pelancong asing seperti hotel, motel, kelab malam dan sebagainya. Taman Melaka Raya terletak bersebelahan dengan Bandar Hilir, Bandar Kaba, dan Semabok.






MENARA TAMING SARI

Fail:MenTamingSari.jpg



Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka. Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.
Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.
Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka namun dipindahkan di tapak baru di atas sebab tapak asal tersebut terdapat runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu Melaka selain memelihara geofak arkeologi tersebut. Di sini juga terdapat sebuah kafe yang diberi nama Taming Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata.



TAMAN MINI MALAYSIA




Taman Mini Malaysia terletak di Ayer Keroh, Melaka bersebelahan dengan Taman Mini Asean.
Taman ini merupakan sebuah kompleks tema yang mengagumkan bagi membolehkan pengunjung melihat rumah-rumah tradisional dari kesemua 13 negeri di Malaysia dari Sabah hingga ke Perlis dengan hanya satu lawatan.
Kompleks ini memaparkan rumah-rumah bersaiz sebenar yang asli. Rumah-rumah ini dibina oleh pembina yang pakar. Setiap rumah telah dilengkapi dengan elemen yang berkaitan, ditambah dengan keaslian yang menjadikan rumah tersebut mempunyai nilai tradisi yang tersendiri. 



Kuala Lumpur




Aquaria KLCC




Aquaria KLCC ialah taman dalam air yang terletak di bawah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dalam kawasan pembangunan KLCC.
Meliputi kawasan 60,000 sq ft (6,000 m²) dalam dua aras dengan terowong bawah air sepanjang 90 meter, Aquaria KLCC menempatkan lebih 20,000 hidupan daratan dan air dari lebih 250 spesies berbeza dari dalam dan luar negara. Juga terdapat pondok maklumat interaktif mengenai pemuliharaan hidupan laut, serta kawasan peruncitan bertema seluas 5,000 sq ft (500 m²).



Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996. Menara ini merupakan bangunan komunikasi ketujuh tertinggi di dunia.



Menara Berkembar Petronas



Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Mlaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996).



Petrosains



Petrosains Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur dalam Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas.
Petrosains menawarkan tempat yang sempurna bagi pengunjung melalui ketakjuban sains dan teknologi. Di sini pengunjung dapat belajar mengenai pembabitan Malaysia alam industri minyak.

Taman Burung



Taman Burung Pulau Pinang terletak di Taman Tunku, Seberang Jaya dengan jarak lebih kurang 7 km dari Jambatan Pulau Pinang dan 12 km dari Pengkalan Sultan Abdul Halim. Kawasan ini seluas 5 ekar. Terdapat pelbagai jenis spesis burung dari dalam dan luar negara. Bayaran masuk dikenakan, iaitu RM 10.00 bagi dewasa dan RM 5.00 bagi kanak-kanak.



Taman Rama-Rama

Taman Rama-rama Kuala Lumpur berada di Tasik Perdana dan pelbagai jenis rama-rama, dianggarkan sejumlah 6,000 rama-rama @120 species.