Aquaria KLCC

Aquaria KLCC ialah taman dalam air yang terletak di bawah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dalam kawasan pembangunan KLCC.
Meliputi kawasan 60,000 sq ft (6,000 m²) dalam dua aras dengan terowong bawah air sepanjang 90 meter, Aquaria KLCC menempatkan lebih 20,000 hidupan daratan dan air dari lebih 250 spesies berbeza dari dalam dan luar negara. Juga terdapat pondok maklumat interaktif mengenai pemuliharaan hidupan laut, serta kawasan peruncitan bertema seluas 5,000 sq ft (500 m²).
Menara Kuala Lumpur
Menara Berkembar Petronas

Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Mlaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996).
Petrosains

Petrosains Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur dalam Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas.
Petrosains menawarkan tempat yang sempurna bagi pengunjung melalui ketakjuban sains dan teknologi. Di sini pengunjung dapat belajar mengenai pembabitan Malaysia alam industri minyak.
Taman Burung

No comments:
Post a Comment