Saturday, 16 June 2012

TEMPAT YANG MENARIK DI                                                             

                                                    ITALI




Menara Condong Pisa atau Menara Pisa merupakan menara loceng atau menara genta berdiri bebas, bagi gereja besar bandar Pisa di Itali. Menara ini terletak di sebalik gereja besar dan merupakan struktur ketiga yang dibina di Dataran Gereja di Pisa.
Meskipun sepatutnya berdiri betul-betul tegak, namun menara ini mula condong ke arah tenggara sejurus selepas bermulanya pembinaan pada tahun 1173 kerana asasnya yang lemah dan substrat longgar yang membolehkan asas menara beranjak arah. Kini, menara ini condong ke arah barat daya.
Menara Pisa tingginya 55.86 m dari tanah di sisi terendahnya dan 56.70 m di sisi tertingginya. Lebar dinding di tapak menara ini ialah 4.09 m sementara di aras atas pula lebarnya 2.48 m. Beratnya dianggarkan kira-kira 14,500tan metrik. Menara ini mempunyai 296 atau 294 anak tangga; aras ketujuhnya kekurangan dua anak tangga di tangga yang menghadap ke udara. Menara ini condong sebanyak 3.97 darjah. Ini bererti puncak menara berada 3.9 meter dari kedudukan sepatutnya seandainya menara ini berdiri tegak.



Fail:Colosseum in Rome, Italy - April 2007.jpg

Colosseum ialah sebuah monumen bersejarah yang terdiri dari bangunan terbuka separa bulat, berpentas, mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom Kuno. Colosseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina di Empayar Rom. Pembinaannya telah dimulakan oleh Maharaja Vespasian di antara tahun 70 dan 72, dan disiapkan pada tahun 80 oleh anaknya lelakinya, Titus. Colosseum adalah salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia yang berasal daripada Zaman Pertengahan Awal. Ia terletak di Rom, di mana merupakan ibu negara bagi negara Itali moden.



MONUMENT TO VITTORIO EMANUELE ii



ST PETER'S SQUARE


VATICAN MUSEUM



ARCH OF TITUS



FORUM ROMANUM


No comments:

Post a Comment