Hong Kong banyak destinasi Menarik
Hong Kong adalah bandar raya yang keempat terbesar diChina. Ia terletak di pantai selatan China dan terdiri dari 3 pulau iaitu Hongkong Island, Lantau Island dan Kowloon.Hong Kong, sebuah negara yang sibuk. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dan maju,Hong Kong masih dilaporkan sebagai salah sebuah bandar yang "paling hijau" di Asia. Oleh itu ia sebuah negara yang sangat menarik untuk dilawati. Sebenarnya tidak sukar untuk melancong ke negara ini kerana sistem perkhidmatan pengangkutannya seperti MTR(seperti perkhidmatan LRT di negara kita) sangat baik sekali.
Disneyland
Hong Kong Disneyland ialah taman tema pertama dalam Hong Kong Disneyland Resort dan dimiliki dan diuruskan oleh syarikat Hong Kong International Theme Parks.
Hong Kong Disneyland, iaitu taman kelima yang bergaya Magic Kingdom, terletak di atas tanah tebus bunga di Penny's Bay, Pulau Lantau. Setelah bertahun-tahun menjalani rundingan dan pembinaan, taman ini dibuka pada 12 September 2005. Pihak Disney cuba mengelakkan masalah pertembungan budaya dengan menerapkan unsur-unsur budaya, adat resam, dan tradisi Cina ketika mereka bina resort ini, termasuk mematuhi hukum feng shui. Contohnya, sebatang lengkuk diletakkan pada laluan pejalan kaki berhampiran pintu masuk Hong Kong Disneyland Resort agar qi yang bagus tidak mengalir ke Laut China Selatan.
Taman ini terdiri daripada empat kawasan bertema yang serupa dengan taman Disneyland yang lain, iaitu Main Street, U.S.A, Fanstasyland, Adventureland dan Tomorrowland. Para penghibur di taman tema ini bertutur dalam bahasa-bahasa Inggeris, Kantonis dan Mandarin. Peta panduan juga disediakan dalam tulisan Cina tradisional dan ringkas, dan juga bahasa-baahsa Inggeris, Perancis dan Jepun.
Victoria peak (Puncak Victoria)
Ia berketinggian 552 meter dan tertinggi di Hong Kong, puncak ini menerima kedatangan pelancong lebih 6 juta orang setiap tahun. Dari sini, kita boleh melihat keindahan landskap bandaraya Hong Kong penuh berwarna-warni, Pelabuhan Victoria yang masyhur, bangunan pencakar langit, serta kehijauan gunung yang menyamankan. The Peak menawarkan satu pengalaman yang berbez pada waktu siang dan waktu malam.Harga tiket pergi balik peak tram ialah HKD $30 seorang (dewasa) dan HKD $9 (kanak-kanak berumur 3-11 tahun) manakala warga emas 65 tahun keatas dikenakan bayaran HKD $14.
Bersiar-siar dengan menaiki feri pada waktu malam adalah cara terbaik untuk menikmati keindahan pelabuan Victoria dan jangan lupa bersiar-siar ke Avenue Star, Laluan Para Bintang, tempat dimana semua tanda tangan serta cap tangan artis Hongkong yang sangat terkenal dipamerkan. Artis-artis tersebut seperti, Jackie Chan, Louis Koo, Bruce Lee, dan lain-lain lagi.Disepanjang Persiaran Tsim Sha Tsui ini kita akan dapat melihat pemandangan dipelabuhan yang menakjubkan dan menyaksikan pertunjukan Simponi Cahaya, yang menampilkan 43 bangunan pencakar langit di Hong Kong melalui persembahan multimedia yang mengagumkan. Ia merupakan salah satu tarikan paling popular di Hong Kong.
Ladies Market (Mongkok)
Pasar yang terkenal dengan barangan aksesori wanita dari pakaian,beg tangan, perhiasan peribadi dan rumah sehinggalah ke kasut.Selain itu, terdapat juga permainan kanak-kanak dan cenderamata khas dari Hong Kong.Yang seronoknya di sini, anda boleh tawar menawar. Panorama di pasar ini seakan sama di chinatown, petaling street. Pasar Ia dibuka mulai tengahari sehingga jam 11.30 malam.
Keliling Hong Kong dengan Tram
Naik trem juga merupakan cara yang baik untuk menghabiskan percutian anda di sini.Sistempengangkutan ini telah beroperasi sejak 1904 dan ia adalah pengangkutan yang palingmurah kerana sekali naik, hanya 2 HKD untuk Dewasa. Anda boleh memilih destinasi ke Causeway Bay yang terkenal dengan pusat membeli-belah.
Ocean Park
Hong Kong Museum of Art
No comments:
Post a Comment