Saturday 16 June 2012

CHINA


TEMBOK BESAR CHINA





Tembok Besar China merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongalia dan Manchuria.
Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km, daripada Shanhanguan sehingga ke Teluk Bohaidi sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km.


MENARA JIN MAO

Menara Jin Mao (bermaksud Bangunan Kesempurnaan Emas) terletak di Pudong, Shanghai, China dan merupakan bangunan kelima tertinggi di dunia serta bangunan tertinggi di Shanghai.
Menara ini siap dibina pada tahun 1998 pada ketinggian 421m atau 1380 kaki dengan 88 tingkat. Pada tingkat 53 hingga 87 merupakan kawasan yang dimiliki oleh Grand Hyat Shanghai.


KOTA LARAGAN


Kota Larangan merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Ia terletak ditengah-tengah kota Beijing, China, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.
Dibina pada 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan yang terselamat dan 8,707 buah bilik dan merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi. Kompleks istana ini menjadi contoh senibina agam China tradisional, pengaruh budaya serta pembangunan senibina di Asia Timur dan tempat-tempat lain. Kota Larangan telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987, dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai himpunan terbesar struktur kayu terpelihara di dunia.
Sejak 1924, Kota Larangan telah diletakkan di bawah pentadbiran Muzium Istana, yang telah mengumpul banyak artifak dan kerja seni yang telah dikumpulkan semasa Dinasti Ming dan Qing. Sebahagian daripada bekas koleksi muzium kini ditempatkan di Muzium Istana Kebangsaan di Taipei, Taiwan. Kedua-dua muzium berasal daripada institusi yang sama, tetapi telah berpecah semasa Perang Saudara China


DATARAN TIANANMEN

Fail:200401-beijing-tianan-square-overview.jpg
Dataran Tiananmen ialah plaza besar berdekatan pusat bandaraya Beijing, China yang dinamakan sempena Tiananmen (Pintu Damai Syurga) yang terletak di arah utara dan memisahkan dataran ini dari Kota Dataran. Dataran ini penting sekali selaku lambang kebudayaan kerana pernah menjadi tapak peristiwa-peristiwa terpenting dalam sejarah Cina. Di luar negara China, dataran ini amat terkenal kerana insiden Bantahan Dataran Tiananmen 1989.
Dataran ini meliputi 40.5 hektar menjadikannya dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia.


SUNGAI YANGTZE




Sungai Yangtze, atau Chang Jiang ialah sungai terpanjang di China dan Aisa, dan yang ketiga terpanjang di dunia. Sungai ini kira-kira 6,300 kilometer panjangnya, mengalir dari puncanya di wilayah Qinghai, ke arah timur hingga Laut China Timur di Shanghai. Sebagai sungai terbesar di rantaunya, Yangtze amat penting kepada China dari segi sejarah, kebudayaan dan ekonomi. Antara semua empangan di sepanjang sungai ini, Empangan Tiga Gaung adalah stesen janakuasa hidroelektrik terbesar di dunia.

No comments:

Post a Comment